Sunday, October 31, 2010

Indahnya KebesaranMu....

Ya Allah Ya Tuhan ku..aku bersyukur di atas segala apa yang telah kau pinjamkan kepada ku...setiap detik nafas dan langkah yang ku lalui semuanya hak milik kekalMu Ya Allah..tidak tergambar bertapa besarnya kuasa dan kebesaranMu Ya Allah...setiap apa yang berlaku di dunia telah kau catur dengan seadil-adilnya...

Manusia sering diuji dengan pelbagai dugaan, tidak kira dugaan yang berat atau yang ringan..Allah tidak memilih kasih terhadap hambanya dan pastinya setiap yang berlaku ada hikmahnya...mungkin ujian yang diturunkan sebagai peringatan supaya kita lebih mendekatkan diri yang sering alpa ini kepadaNYA...sesungguhnya Allah  itu maha mengetahui dan adil..Allah akan menguji setiap hambanya mengikut tahap kemampuan diri hambanya...

Sebagai hamba dan insan yang kerdil di bumi Allah ini, jangan la kita lalai akan perintahNYA.. carilah sebanyak mana amalan yang boleh kita jadikan bekalan di hari perhitungan nanti...kita hanya menumpang buat seketika waktu dan pasti akan meninggalkan bumi Allah bila sampai masanya nanti..semoga setiap perjalanan, dugaan dan cabarang yang dihadapi dalam menempuh hari hari mendatang dipermudahkan dan diredhai oleh NYA...AMIN...

Wednesday, October 27, 2010

Remaja oh remaja...

Semakain hari semakin takut aku lihat gelagat, tingkah laku, percakapan dan cara hidup remaja pada zaman sekarang..mungkin disebabkan arus kemodenan yang sepantas kilat membuatkan segala-galanya berubah dengan cepat...pergaulan yang bebas tanpa ada langsung perasaan malu di letakkan setaraf dengan tapak kasut..bertapa rendahnya harga diri remaja skrg..gejala sosial yang semakin meningkat, kelahiran bayi tanpa bapa dan pembuangan bayi menunjukkan bertapa  rumitnya masalah ini..tapi tak semua remaja zaman skrg macam ni, masih terdapat lg remaja yang boleh berfikir dengan waras, tahu membezakan perkara yang halal dan haram, baik dan buruk serta pandai menjaga adab, maruah diri dan keluarga....

Bila terjadinya masalah remaja ni ramai yang menyalahkan ibu bapa..saya bukan nak mengia kan, tapi mungkin betul juga..didikan agama yang kurang daripada ibu bapa, keluarga yang haru-biru, ibu bapa sering bergaduh dan ibu bapa yang sibuk bekerja sehingga kurang memberikan tumpuan dan kasih sayang kepada anak-anak menjadi punca berlakunya masalah ini....bila keluarga sudah tidak mempunyai kata sepakat, tiada rasa hormat sesama ahli dan hilang keharmonian dalam kekeluargaan maka wujudlah mcm2 masalah...selain itu, pengaruh rakan juga merupakan faktor terjadinya masalah ini....

Anak-anak remaja mula rasa tertekan dengan cara hidup keluarga yang sering diselimuti masalah...mereka mula ingin mencari kebebasan dan merasakan kawan adalah segala-galanya....mereka lebih percayakan kawan daripada ibu bapa mereka sendiri..tapi sayangnya kawan ini jugalah yang akan menghanyutkan dirinya  dengan lebih teruk lagi.... 

Saya juga nak mengigatkan diri saya sendiri dan remaja di luar sana terutamanaya remaja perempuan ....ingatlah bahawa peluang hanya datang sekali sahaja dalam hidup..jaga maruah diri..jangan sampai menyesal dikemudian hari...selagi Allah berikan nyawa kepada kita untuk bernafas, gunakan lah segala amanah yang diberikan ke jalan yang diredhai...InsyaAllah semoga kita  menjadi insan yang berguna di muka bumi Allah ini...AMIN..

Monday, October 25, 2010

ISNIN....

Hari isnin biasa lah,bila hari isnin semangat bekerja memang sentiasa positif..suke sangat dgn hari isnin sbb jadual mengajar cuma 4 waktu aja..tp isnin juga akan rasa kecewa kalau dapat relief yang banyak..almaklum je la kan cuma 4 waktu je..tp dah nama pun tugas..jd..TUNAI TETAP KAMI TUNAIKAN..=)