Semakain hari semakin takut aku lihat gelagat, tingkah laku, percakapan dan cara hidup remaja pada zaman sekarang..mungkin disebabkan arus kemodenan yang sepantas kilat membuatkan segala-galanya berubah dengan cepat...pergaulan yang bebas tanpa ada langsung perasaan malu di letakkan setaraf dengan tapak kasut..bertapa rendahnya harga diri remaja skrg..gejala sosial yang semakin meningkat, kelahiran bayi tanpa bapa dan pembuangan bayi menunjukkan bertapa rumitnya masalah ini..tapi tak semua remaja zaman skrg macam ni, masih terdapat lg remaja yang boleh berfikir dengan waras, tahu membezakan perkara yang halal dan haram, baik dan buruk serta pandai menjaga adab, maruah diri dan keluarga....
Bila terjadinya masalah remaja ni ramai yang menyalahkan ibu bapa..saya bukan nak mengia kan, tapi mungkin betul juga..didikan agama yang kurang daripada ibu bapa, keluarga yang haru-biru, ibu bapa sering bergaduh dan ibu bapa yang sibuk bekerja sehingga kurang memberikan tumpuan dan kasih sayang kepada anak-anak menjadi punca berlakunya masalah ini....bila keluarga sudah tidak mempunyai kata sepakat, tiada rasa hormat sesama ahli dan hilang keharmonian dalam kekeluargaan maka wujudlah mcm2 masalah...selain itu, pengaruh rakan juga merupakan faktor terjadinya masalah ini....
Anak-anak remaja mula rasa tertekan dengan cara hidup keluarga yang sering diselimuti masalah...mereka mula ingin mencari kebebasan dan merasakan kawan adalah segala-galanya....mereka lebih percayakan kawan daripada ibu bapa mereka sendiri..tapi sayangnya kawan ini jugalah yang akan menghanyutkan dirinya dengan lebih teruk lagi....
Saya juga nak mengigatkan diri saya sendiri dan remaja di luar sana terutamanaya remaja perempuan ....ingatlah bahawa peluang hanya datang sekali sahaja dalam hidup..jaga maruah diri..jangan sampai menyesal dikemudian hari...selagi Allah berikan nyawa kepada kita untuk bernafas, gunakan lah segala amanah yang diberikan ke jalan yang diredhai...InsyaAllah semoga kita menjadi insan yang berguna di muka bumi Allah ini...AMIN..
remaja....
ReplyDeleteanda sudah remaja kan, boleh fikir sendiri, timbang baik buruk seniri, boleh tgk sendiri contoh kalau berbuat yang tak baik....
tapi,,,, pintu hidayah itu yang susah nak dicari
bagus..teruskan kata-kata semangat anda...
ReplyDeletegenerasi hari ini pemimpin akan datang...fikir2 kanlah...
ReplyDeleteauraels:bukan setakat kata2 je yang semangat..diri kita pun kena bersemangat..=)
ReplyDeleteliknai:betul tu..apa yang dilakukan oleh remaja pada zaman sekarang menjadi gambaran pada masa akan dtg..